Monday, January 30, 2017

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM DAN BAHASA ARAB SECARA PJJ UNTUK ORANG AWAM

OBJEKTIF:
Kolej ini dapat membantu orang ramai mempelajari Agama Islam dengan mendalam, tersusun dan sistematik serta boleh dipertanggungjawabkan bagi mempertingkatkan mutu dan kualiti ibadah terhadap diri, keluarga dan masyarakat.

SYARAT KEMASUKAN:
·                     Memiliki SPM / 4 Thanawi / setaraf
·                     Mempunyai minat yang mendalam 
·                     Berdisiplin dan sanggup mematuhi peraturan
·                     Ikhlas dalam menuntut Ilmu

YURAN PENGAJIAN
Yuran Pengajian yang dikenakan sangat rendah dan mampu kepada semua lapisan masyarakat untuk tujuan menuntut ilmu. Satu semester RM1200. Semua pelajar KPTI layak memohon Dermasiswa LZS sebanyak RM700 setahun.

PENGAMBILAN
Pengambilan 2 kali setahun. Sesi Jan & Sesi Julai setiap tahun. Manakala program PJJ pengambilan terbuka sepanjang tahun.

SEMESTER 1
SEMESTER 2
SEMESTER 3
Tarikh Tashrik
Fiqh Ibadah
Pengurusan Islam
Usul Tafsir
Fiqh Munakahad
Ekonomi Islam
Usul Fiqh
Fiqh Muamalat
Tasauf Islam
Ulum Al-Quran
Fiqh Jinayyat
Anabawiyah
Ulum Hadith
Hafazan & Tajwid
Tamadul Islam
Bahasa Inggeris 1
Bahasa Inggeris 2
Qawaid Fiqhiyyah
Bahasa Arab 1
Bahasa Arab 2
Dakwah Islamiah
Aqidah Islam
Akhlak Islamiah
Kaedah Penyelidikan


SEMESTER 4
SEMESTER 5
SEMESTER 6
Kertas Projek
Hadith Ahkam
Fiqh Sirah
Mustalah Hadith
Ayat Ahkam
Nizam Al-Qadha’
Tafsir Al-Quran
Misail Fiqhiyyah
Faraid / al-Mawarith
Hadith Nabi
Sistem Pentd. Undang-undang Islam Di Malaysia
Falsafah Perundangan
Islam
Bahasa Inggeris 3
Bahasa Inggeris 4
Mantiq
Bahasa Arab 3
Bahasa Arab 4
Falak Syar'ie
Ko-kurikulum
Komputer
Madkal Ila Fiqh Islami
Bahasa Malaysia
Pengajian Malaysia
Syiasah Syariah

TEMPOH PENGAJIAN
Tempoh pengajian selama 6 semester atau 3 tahun untuk Diploma yang ada LAN/MQA, dan Diploma 1 1/2 tahun untuk tujuan peningkatan ilmu serta Tauliah Jabatan Agama Islam Negeri.

BENTUK PENGAJIAN
Pengajian secara separuh masa pada hujung minggu & secara jarak jauh (PJJ)

PENGANUGERAHAN
Para pelajar yang hadir kuliah, menyiapkan tugasan , lulus peperiksaan dan menyempurnakan kertas projek akan dianugerahkan Diploma Pengajian Islam dan Bahasa Arab KPTI. Lulusan KPTI juga layak memohon Tauliah Dakwah daripada mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri dan boleh melanjutkan ke tahun akhir ijazah yang diiktiraf JPA, di Universiti Islam Indonesia (IAIN), Universiti AL-Azhar Mesir & Universiti Jordan. Manakala Kolej Darul Hikmah (KDH) boleh menerima perpindahan kredit bagi tujuan LAN & MQA.

UNTUK PERMOHONAN:
 Emailkan butiran-butiran anda ke: 
kptialinsaniahmalaysia@gmail.com
atau
hubungi di talian 03-32243233 / 013-2633732 / 011-23371750


No comments:

Post a Comment